InformationDomain & Hosting Murah Untuk Blogger

Tambah Nilai Touch n Go Di Plus Tutup

Tambah Nilai Touch n Go Di Plus Tutup |  Bagi yang ingin balik kampung di musim cuti Sekolah, Di nasihati menambah nilai Touch n Go sebelum melalui lebuh raya PLUS. Ini kerana PLUS akan menutup lorong tambah Nilai mulai 28 August 2017 Sehingga 4 September 2017.

Penutupan Adalah bertujuan bagi mencegah dari berlaku kesesakan Lebuh raya di musim cuti sekolah dan Cuti Am. Bagi yang ingin menambah Nilai Touch n Go di nasihati menambahnya di kios yang di sediakan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) atau di mana-mana ejen yang terlibat seperti stesen Petrol Pum serta kedai yang menyediakan perkhidmatan Tambah Nilai.

Untuk lebuhraya lain masih lagi dibuka lorong tambah nilai untuk pengguna lebuh raya. Penutupan ini Walaupun ianya agak menyukarkan pengguna ianya adalah salah satu langkah pencegahan. (PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Touch ‘N’ Go)

Sebelum ini PLUS pernah membuat langkah yang sama tetapi tiada rungutan dari pengguna. Maka PLUS telah mengambil langkah yang sama. Bagi yang balik kampung, berhati-hati di Lebuh raya terutama AES yang semakin bertambah. Jangan jadikan perjalanan anda penuh dengan Saman AES. Susah hendak jelaskan bil nanti….

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge