InformationDomain & Hosting Murah Untuk Blogger

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Touch ‘N’ Go

Touch n GO n Smart TAG

PLUS Tutup Lorong Tambah Nilai Touch ‘N’ Go | Bagi anda yang ingin menambah atau topup Touch ‘n’ Go di nasihati menambahnya di kios yang menyediakan tambah nilai Touch ‘n’ Go kerana PLUS telah menutup Lorong Tambah Nilai Touch ‘n’ GO. Jangan anda berasa pelik jika lorong tersebut dibuka tetapi tidak menyediakan perkhidmatan Tambah Nilai.

Tujuan pihak Plus adalah bagi mengelak berlakunya kesesakan lalu lintas yang disebabkan pengguna ingin menambah nilai Touch ‘n’ Go. Di musim raya ini jumlah kenderaan meningkat berkali ganda dan menyebabkan lebuhraya utama semua mengalami kesesakan luar biasa.

Jadi PLUS telah mengambil langkah menutupnya bagi mengelak berlakunya kesesakkan yang luar biasa. PLUS telah mengumumkan akan Menutup lorong Tambah Nilai bagi kad Touch ‘n’ GO bermula dari 22 JUNE 2017 hingga 2 Julai 2017.

Pastikan anda periksa dahulu baki kad Touch ‘n’ GO dan membuat penambahan sebelum memulakan perjalanan menggunakan Highway PLUS. Anda juga boleh menambah nilai di KIOS Touch ‘n’ GO yang di sediakan atau di mana-mana Stesen Petrol atau kedai yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai.

Kalau anda hendak mengelakkan di cas RM0.50 + GST RM 0.03 = RM0.53, saya nasihatkan Tambah Nilai Touch ‘n’ Go anda di Kios Touch ‘n’ Go kerana ianya tidak akan cas kad anda bila ditambah nilai. Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti. Berhati – Hati Memandu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge